Monday, March 5, 2012

Drama "Apa Celop"

Sinopsis:

 

Mengisahkan tentang Aman (Kamal Adli) dan Sawi (Taiyuddin Bakar) bercadang untuk berlumba kali terakhir supaya memenangi duit dengan harapan mengadakan sebuah majlis perkahwinan secara besar-besaran bersama kekasih mereka, Julia (Amanda Misbun) dan Munirah (Ika Nabella). Namun, niat baik mereka sering terhalang dek pelbagai masalah yang timbul selepas itu. Aman telah berlumba dengan Mako (Azad Jasmin), seorang Raja Rempit yang juga ketua samseng dimana seorang gadis kampung, Marsha (Wan Sharmila) dijadikan habuan kepada pemenang. Bagi menyelamatkan Marsha daripada menjadi habuan, Aman bertekad untuk menang perlumbaan tersebut. Kemenangan Aman telah mencalar maruah Mako yang tidak pernah kalah. Aman dan Sawi terpaksa berbohong kepada Julia dan Munirah bagi menyembunyikan Marsha. Keadaan menjadi semakin rumit apabila Marsha telah hilang ingatan selepas kemalangan jalanraya yang turut melibatkan Aman. Mako juga berang dengan Aman kerana gagal menyerahkan kembali Marsha dan mengugut akan mengambil Julia sebagai pengganti. Kebaikan Marsha telah menyebabkan Aman menganggapnya sebagai adik angkat. Sebenarnya, Marsha sangat berdendam dengan Aman yang menjadi punca kematian tunangnya di dalam satu perlumbaan haram yang lepas dan telah berpakat dengan Mako untuk memusnahkan hidup Aman. Pada waktu yang sama, Mako mempunyai perasaan terhadap adik perempuan Aman, Sofia (Shenthy Feliziana). Hubungan Aman dan Julia serta Sawi dan Munirah dilanda konflik selepas mengetahui kehadiran Marsha. Julia mula rapat dengan seorang ahli perniagaan, Zahid (Zed Zaidi) untuk menyakitkan hati Aman. Zahid yang dibebani hutang sanggup menjual Julia. Bagi menyelamatkan Julia, akhirnya Aman bersetuju untuk berlumba dengan Mako. Satu perlumbaan yang akan menentukan nasib Aman dan Julia terletak dalam genggaman tangan Mako. Apakah yang akan berlaku seterusnya?


 Episode 1
 http://www.tonton.com.my/#/home/channels/TV3/apa_celop_afd440595849485796699feb00dbabce/episode_1_2c04709bfa9e41758a299feb00dbac07

Episode 2 
http://www.tonton.com.my/#/home/channels/TV3/apa_celop_afd440595849485796699feb00dbabce/episode_2_e2371dbb3836453398719feb00dbac3f

Wednesday, December 28, 2011

Abby Nadzri Penganti Jue Aziz Dalam Teater Semerah Padi

Abby Nadzri Penganti Jue Aziz Dalam Teater Semerah Padi | lagisensasi dari biasa

BARANGKALI nama pelakon dan pengacara Abby Nadzri tidak sepopular Jue Aziz di persada hiburan tanah air. Justeru, apabila Abby terpilih memegang watak utama sebagai Dara dalam pementasan teater Semerah Padi terbitan Keno Productions, ramai yang tertanya-tanya siapakah Abby Nadzri?
Penganti Jue Aziz dalam Semerah Padi-Abby Nadzri
Secara peribadi, pemegang Ijazah Teater dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) ini berharap peminat tidak membandingkan lakonannya dengan Jue kerana setiap pelakon ada kekuatan masing-masing.

“Apabila ditawarkan watak Dara oleh pengarah teater ini, Rosdeen Suboh, saya terus menyahut cabarannya untuk beraksi dalam teater ini kerana saya sendiri menyukai naskhah Semerah Padi dan mengagumi filem P Ramlee.

“Pada masa sama, saya melihat watak Dara itu berat dan ingin mencabar diri sendiri, sekali gus mengubat kerinduan dalam bidang teater. Ditambah pula saya dan Rosdeen sudah kenal lama kerana kami sama-sama menuntut di Aswara dulu dan pernah berlakon dalam teater arahannya ketika menuntut di Aswara,” katanya.

“Saya hanya diberitahu pihak produksi yang saya ditawarkan watak Dara kerana Jue sakit dan ada masalah kesihatan. Pada mulanya, saya hanya ditawarkan watak ‘understudy’ Dara tapi sebaliknya apabila Jue dilaporkan jatuh sakit, Rosdeen terus tawarkan saya bawa watak Dara.


“Saya harap peminat Jue dapat beri sokongan padu pada saya dan nilailah lakonan saya sebagai Dara. Apapun, saya simpati dengan keadaan Jue dan berharap semoga dia cepat sembuh dan kami sama-sama dapat beraksi di pentas nanti,” katanya, berkongsi persiapannya sebagai Dara, pengacara Salam Bollywood dan pelakon teater Dejavu ini mengakui sudah bersedia dari aspek mental dan fizikal.

“Selain bimbingan daripada Rosdeen, dua hero teater ini, Khir Rahman (Aduka) dan Fauzi Nawawi (Taruna) banyak membantu saya menjiwai watak diserahkan dengan baik.

Ketika ini, Abby juga baru selesai penggambaran drama bersiri terbaru lakonannya, Bicara Hati arahan Osman Ali. Dia pegang watak pembantu di samping Kris Suzanne dalam cerita itu. Antara drama lakonannya ialah Wasiat dan Bila Shuib Speaking London.

Berkongsi cerita peribadinya pula, ibu kepada dua anak ini juga mengakui dirinya menyepi seketika dari bidang seni kerana memberi tumpuan pada rumah tangga. Hasil perkongsian hidup selama empat tahun dengan pen–syarah Aswara dan pemuzik profesional, Rozario Gulam Rasul, Abby dikurniakan sepasang anak lelaki dan perempuan, Aryan Danish, 3, dan Samara, 1.

“Bagaimanapun, apabila anak besar sikit, saya ingin kembali menyemarakkan persada seni tanah air. Suami juga menyokong minat saya yang cukup mendalam pada bidang lakonan. Apa yang penting, saya tidak mengabaikan tanggungjawab pada rumah tangga,” katanya.

Sunday, October 2, 2011

SJI '95 Berkumpul


Semalam di Restoren Danira Maju @ AEON AU2. Berkumpullah kami rakan persekolahan.