Wednesday, October 16, 2013

Demam

Hari ini aku demam. Dah malam.. Nak tido.. Nite...

Sunday, October 6, 2013

Sunday Morning


Pagi ahad... Breakfast nasi kerabu. Malam tadi kelantan menang besar dgn JDT 6-1. Hidangan kelantan disediakan. X ada kene mengena sebenarnya. 


Layan lak citer cina zaman 90an. Favourite chanel tu. 


Tau tau Arissa tido depan tv. Baru lepas makan ubat batuk. Take a rest Arissa, ptg ni kita gi bday party. 


Dah tgh hari dah. C ya...




Friday, September 27, 2013

Pekene kopi O.

Malam malam pekene kopi O. Nak tahan ngantuk kot. Tak jugak. Pekena kopi O ni leh relaxkan minda. Kene lak roti telur. Ni utk gemukkan badan. Hahhahaha. Esok nak celebrate bday Adelina. Tak leh nak lepak lama.


Monday, March 5, 2012

Drama "Apa Celop"

Sinopsis:

 

Mengisahkan tentang Aman (Kamal Adli) dan Sawi (Taiyuddin Bakar) bercadang untuk berlumba kali terakhir supaya memenangi duit dengan harapan mengadakan sebuah majlis perkahwinan secara besar-besaran bersama kekasih mereka, Julia (Amanda Misbun) dan Munirah (Ika Nabella). Namun, niat baik mereka sering terhalang dek pelbagai masalah yang timbul selepas itu. Aman telah berlumba dengan Mako (Azad Jasmin), seorang Raja Rempit yang juga ketua samseng dimana seorang gadis kampung, Marsha (Wan Sharmila) dijadikan habuan kepada pemenang. Bagi menyelamatkan Marsha daripada menjadi habuan, Aman bertekad untuk menang perlumbaan tersebut. Kemenangan Aman telah mencalar maruah Mako yang tidak pernah kalah. Aman dan Sawi terpaksa berbohong kepada Julia dan Munirah bagi menyembunyikan Marsha. Keadaan menjadi semakin rumit apabila Marsha telah hilang ingatan selepas kemalangan jalanraya yang turut melibatkan Aman. Mako juga berang dengan Aman kerana gagal menyerahkan kembali Marsha dan mengugut akan mengambil Julia sebagai pengganti. Kebaikan Marsha telah menyebabkan Aman menganggapnya sebagai adik angkat. Sebenarnya, Marsha sangat berdendam dengan Aman yang menjadi punca kematian tunangnya di dalam satu perlumbaan haram yang lepas dan telah berpakat dengan Mako untuk memusnahkan hidup Aman. Pada waktu yang sama, Mako mempunyai perasaan terhadap adik perempuan Aman, Sofia (Shenthy Feliziana). Hubungan Aman dan Julia serta Sawi dan Munirah dilanda konflik selepas mengetahui kehadiran Marsha. Julia mula rapat dengan seorang ahli perniagaan, Zahid (Zed Zaidi) untuk menyakitkan hati Aman. Zahid yang dibebani hutang sanggup menjual Julia. Bagi menyelamatkan Julia, akhirnya Aman bersetuju untuk berlumba dengan Mako. Satu perlumbaan yang akan menentukan nasib Aman dan Julia terletak dalam genggaman tangan Mako. Apakah yang akan berlaku seterusnya?


 Episode 1
 http://www.tonton.com.my/#/home/channels/TV3/apa_celop_afd440595849485796699feb00dbabce/episode_1_2c04709bfa9e41758a299feb00dbac07

Episode 2 
http://www.tonton.com.my/#/home/channels/TV3/apa_celop_afd440595849485796699feb00dbabce/episode_2_e2371dbb3836453398719feb00dbac3f