Wednesday, December 28, 2011

Abby Nadzri Penganti Jue Aziz Dalam Teater Semerah Padi

Abby Nadzri Penganti Jue Aziz Dalam Teater Semerah Padi | lagisensasi dari biasa

BARANGKALI nama pelakon dan pengacara Abby Nadzri tidak sepopular Jue Aziz di persada hiburan tanah air. Justeru, apabila Abby terpilih memegang watak utama sebagai Dara dalam pementasan teater Semerah Padi terbitan Keno Productions, ramai yang tertanya-tanya siapakah Abby Nadzri?
Penganti Jue Aziz dalam Semerah Padi-Abby Nadzri
Secara peribadi, pemegang Ijazah Teater dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) ini berharap peminat tidak membandingkan lakonannya dengan Jue kerana setiap pelakon ada kekuatan masing-masing.

“Apabila ditawarkan watak Dara oleh pengarah teater ini, Rosdeen Suboh, saya terus menyahut cabarannya untuk beraksi dalam teater ini kerana saya sendiri menyukai naskhah Semerah Padi dan mengagumi filem P Ramlee.

“Pada masa sama, saya melihat watak Dara itu berat dan ingin mencabar diri sendiri, sekali gus mengubat kerinduan dalam bidang teater. Ditambah pula saya dan Rosdeen sudah kenal lama kerana kami sama-sama menuntut di Aswara dulu dan pernah berlakon dalam teater arahannya ketika menuntut di Aswara,” katanya.

“Saya hanya diberitahu pihak produksi yang saya ditawarkan watak Dara kerana Jue sakit dan ada masalah kesihatan. Pada mulanya, saya hanya ditawarkan watak ‘understudy’ Dara tapi sebaliknya apabila Jue dilaporkan jatuh sakit, Rosdeen terus tawarkan saya bawa watak Dara.


“Saya harap peminat Jue dapat beri sokongan padu pada saya dan nilailah lakonan saya sebagai Dara. Apapun, saya simpati dengan keadaan Jue dan berharap semoga dia cepat sembuh dan kami sama-sama dapat beraksi di pentas nanti,” katanya, berkongsi persiapannya sebagai Dara, pengacara Salam Bollywood dan pelakon teater Dejavu ini mengakui sudah bersedia dari aspek mental dan fizikal.

“Selain bimbingan daripada Rosdeen, dua hero teater ini, Khir Rahman (Aduka) dan Fauzi Nawawi (Taruna) banyak membantu saya menjiwai watak diserahkan dengan baik.

Ketika ini, Abby juga baru selesai penggambaran drama bersiri terbaru lakonannya, Bicara Hati arahan Osman Ali. Dia pegang watak pembantu di samping Kris Suzanne dalam cerita itu. Antara drama lakonannya ialah Wasiat dan Bila Shuib Speaking London.

Berkongsi cerita peribadinya pula, ibu kepada dua anak ini juga mengakui dirinya menyepi seketika dari bidang seni kerana memberi tumpuan pada rumah tangga. Hasil perkongsian hidup selama empat tahun dengan pen–syarah Aswara dan pemuzik profesional, Rozario Gulam Rasul, Abby dikurniakan sepasang anak lelaki dan perempuan, Aryan Danish, 3, dan Samara, 1.

“Bagaimanapun, apabila anak besar sikit, saya ingin kembali menyemarakkan persada seni tanah air. Suami juga menyokong minat saya yang cukup mendalam pada bidang lakonan. Apa yang penting, saya tidak mengabaikan tanggungjawab pada rumah tangga,” katanya.